Friday, 5 June 2020

Basic Skincare Routine

Assalamualaikum, Yasmin nak bagi info berkenaan penjagaan muka yang paling UTAMA. Ini bukan 10-steps korean skincare, tapi BASIC yang tak boleh tinggal kalau kita nak jaga muka kita. Bonus nanti Yasmin 'share' cara untuk tahu 'skin type' kita sebab setiap orang jenis kulit muka berbeza. 


1. Cleanser
Pernah dengar tak pasal cuci muka kena dua kali
Penting ke? 
Kenapa?
Double cleansing ni maksud dia kita cuci muka 2 kali, satu guna oil based product, dan lagi satu guna water based product. Why?


Muka kita ada 2 jenis kotoran:
i. Kotoran berasaskan minyak (sebum, makeup, sunscreen)
ii. Kotoran berasaskan air (peluh, debu)
Jadi macam dulu dekat sekolah kita belajar air & minyak tak boleh bersatu (emulsion ni topik lain cerita na). So logikkk lah kn😆


Kelebihan DOUBLE CLEANSING
✅ Membersihan pores kita lebih mendalam
✅ Menyihatkan kulit (flawless gituhh)
✅ Boleh remove waterproof makeup
✅ Membuang kotoran berasaskan minyak

💖 Kulit muka yang bersih buat makeup lebih tahan lama, so better invest duit untuk penjagaan kulit muka then baru mencantikan muka pula (makeup). Kalau tengok dekat media sosia (fb, ig, twitter) sekarang ramai yang dah ada kesedaran double cleansing sebab result dia WOW🤯, buat seminggu dah nampak effect dekat kulit muka. 

2. Exfoliate
   Buang sel kulit mati & bersihkan pores yang tersumbat

3 cara nak exfoliate
- Physical exfoliate: Hat ni paling famous sebab dia scrub muka yang selalu jual dekat drugstore😆
- Chemical exfoliate
- Manual exfoliator 




3. Tone
Fungsi toner untuk restore pH kulit muka lepas kita cuci muka, kecilkan pores & buang lebihan kotoran di kulit muka serta untuk hydrate skin kita🙌🏻

Toner ni ada banyak jenis, nak pakai kena lah tahu mana yang sesuai ikot jenis muka kita, takot tak sesuai dengan muka jadi makin bermasalah kulit muka kita:
1. pH adjusting toner/ Acid toner: kembalikan pH value kulit kita (ada AHA/BHA)
2. Hydrating toner: melembapkan kulit & prepare kulit muka supaya dapat serap next skincare steps pulak. Toner jenis ni paling best sebab boleh buat kulit lagi lembap lepas pakai moisturizer nanti. Kalau kulit muka berminyak pon boleh guna😍
3. Astringents: tak disarankan guna (walaupun dry or oily skin) sebab ada kandungan alcohol yang tinggi boleh mengeringkan lagi kulit😖

Cara guna toner, semua tahu dah ni tapi nak inform jugak:
1. Pakai kapas
2. Pakai tangan just dap dap, tapi kena pastikan tangan betol2 bersih dulu tau


4. Moisturize
           Fungsi dia untuk lembabkan muka

Beza ke moisturizer dengan toner? Toner dengan moisturizer ini penting sebab saling melengkapi. Toner untuk 'hydrating'. Beza ke?
Hydration: bind water to our skin
Moisturizing: prevent water from leaving our skin macam tu😉


5. Protect
Lindungi kulit muka dari UV rays (UVA & UVB)☀️ Baca label elok dekat botol sunscreen/sunblock kita tu dia protect 1 type o both types of UV rays.

UVA: menyebabkan kanser kulit, wajah berkedut & jeragat
UVB: penyebabkan sunburn




PA rating :
PA+      = 66% UVA blocker 
PA++    = 82% UVA blocker
PA+++  =96% UVA blocker 

Skin Protection Factor (SPF):
SPF ni pulak skin protecting factor, berapa lama sunscreen tu protect kulit kita dari UV rays.
SPF 1 = boleh bertahan dari 10 minit - 15 minit utk kulit asia 
Kalau SPF 50? 
50 x 10minit = 500 minit 
Wow!! 

Jadi, buat lah pilihan bijak demi kulit anda! 


BONUS
Sebelum Yasmin bagitahu tips nak kenal jenis muka kita, Yasmin nak bagitahu 6 steps BASIC skincare (termasuk double cleansing) memerlukan 6 botol produk. TAPI dengan  YOUTH dari SHAKLEE  boleh jadi 4 botol SAHAJA. Next entry Yasmin akan cerita berkenaan 4botol YOUTH dari SHAKLEE yang super duper ohsem. Testimoni semua best, Yasmin pun dah pakai💖

Macam mana nak tahu 'skin type'?
Basuh muka, lepas tu tunggu 30 minit hingga 1 jam. Masa ni jangan pakai apa-apa dulu dekat muka.
Lepas 30 minit ke 1 jam, kalau kulit rasa berminyak, oily skin type. Kalau rasa kering atau muka ketat, dry skin type dan kalau T-zone je yang berminyak, combination skin type. Paling best kalau tak ada rasa apa-apa, normal skin type.

Skin type Yasmin: Dry and sensitive



Berminat untuk mengetahui produk YOUTH dari SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia



Newer Post
Previous
This is the last post.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment