Thursday 11 June 2020

Omega-3: Kepentingan Minyak Ikan Terhadap Kesihatan Kita

Asid lemak Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat untuk badan dan otak kita. Banyak kajian dan pakar kesihatan mengesyorkan minimum pengambilan:

Anjuran FAO, WHO (2010):

DHA untuk anak-anak usia 6—24 bulan: 10-12 mg/kg

* Ibu hamil dan menyusui: 200 mg/hari

Anjuran terbaru untuk total jumlah DHA harian ANSES—French Food Safety Agency (2010):

* Anak-anak usia 0-6 bulan: 0,32% dari total asid lemak

* Anak-anak usia 6-12 bulan: 70 mg/hari

* Anak-anak usia 1 sampai 3 tahun: 70 mg/hari

* Anak-anak usia 3-9 tahun: 125 mg/hari

* Ibu hamil dan menyusui: 250 mg/hari

Hari ini, Yasmin nak kongsikan senarai 10 Sumber Makanan Tinggi Omega-3 untuk setiap hidangan (100 gram).

1. Ikan Mackerel (4,107 mg setiap hidangan)
2. Ikan Salmon (4,023 mg setiap hidangan)
3. Ikan Herring (3,181 mg setiap hidangan)
4. Ikan Sardin (2,205 mg setiap hidangan)
5. Kaviar (1,086 mg setiap hidangan)
6. Tiram (565 mg untuk 6 ekor)
7. Flax Seed (2,338 mg setiap hidangan)
8. Chia Seed (4,915 mg setiap hidangan)
9.  Kacang Walnut (2,542 mg setiap hidangan)
10. Kacang Soya (1,241 mg setiap hidangan)

DHA atau asid dokosaheksaenoik ialah sejenis asid lemak omega-3. Sama seperti asid alfa-linoleik (ALA) dan asid ekosapentaenoik (EPA).1,2 ALA merupakan rantai asid lemak yang berasal daripada kumpulan omega-3 yang bertukar menjadi EPA dan kemudiannya menjadi DHA 1,3,4.

Mengapa DHA penting?

Tahukah anda, DHA penting dalam perkembangan otak terutama untuk kanak-kanak.  Kajian yang dibuat di United Kingdom telah membuktikan pengambilan Omega-3 DHA memberi impak positif kepada kanak-kanak. Penyelidikan itu bermula dengan mengambil sampel kanak-kanak yang berusia 7 hingga 10 tahun yang mempunyai prestasi kurang menyerlah dalam pembelajaran. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mengambil Omega-3 DHA atau sejenis placebo sebagai suplemen selama 16 minggu manakala satu lagi kumpulan lagi tidak diberikan apa-apa. Selepas tempoh yang diberikan, kesemua mereka perlu menjalani ujian praktikal iaitu kemahiran membaca, tindak balas memori dan perlakuan. Hasil penyelidikan mendapati, dari segi keupayaan membaca dan peningkatan dalam semua aspek bagi kumpulan kanak-kanak yang mengambil Omega-3

Selain itu, minyak ikan bagus untuk kesihatan badan.

1. Meningkatkan metabolism badan

Pengambilan minyak ikan dapat membantu kita untuk meningkatkan metabolisma badan,  ianya membantu kita membakar kalori dengan lebih cepat. Lagi tinggi kadar metabolik badan kita, lagi banyak kalori yang akan kita bakar dan lagi mudah untuk kita mengurangkan berat badan.

2. Jantung dan darah

Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol. Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung. 

3. Mata

Terdapat juga individu yang menggunakan minyak ikan untuk masalah berkaitan mata seperti mata kering, katarak, glaukoma dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD), keadaan yang biasa untuk berlaku kepada individu dewasa berusia yang boleh membawa kepada masalah penglihatan yang serius. Ia juga digunakan untuk mengelakkan komplikasi mata yang berkaitan dengan diabetes.

4. Abdomen

Minyak ikan juga biasanya diambil secara oral untuk merawat masalah ulser perut yang disebabkan Helicobacter pylori (H. pylori), penyakit radang usus, pankreatitis, gangguan penyakit yang disebut phenylketonuria -mudah dikenali sebagai PKU, keadaan penyakit diwarisi yang jarang berlaku, disebabkan oleh asid amino yang dipanggil phenylalanine yang membina dalam badan-, penyakit Crohn, sindrom Behcet dan Sindrom Raynoud.

5. Masalah wanita

Pengambilan minyak ikan bagi sesetengah individu wanita adalah untuk mencegah kesakitan ketika tempoh haid, kesakitan payudara, komplikasi berkaitan dengan kehamilan, seperti keguguran yang termasuk disebabkan keadaan yang disebut sebagai sindrom antiphospholipid, tekanan darah tinggi, lewat kehamilan, kelahiran pramatang, tumbesaran bayi yang perlahan, dan untuk menggalakkan perkembangan bayi.



1 Biji Omega Guard dari SHAKLEE sudah mencukupi untuk memenuhi kandungan Omega-3 (DHA dan EPA) dalam badan kita. 

1 Botol Omega Guard = 90 Biji = 3 Bulan penggunaan

Price RM136.25

Diskaun sehingga 20% jika berdaftar menjadi AHLI


Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment