Monday 15 June 2020

Testimoni OsteMatrix



Setelah mengetahui kepentingan dan kesan jika kekurangan kalsium dalam tubuh badan kita, Yasmin nak kongsi testimoni pengguna OsteMatrix dari Shaklee. Kebanyakkan pengguna berpuas hati dengan manfaat yang mereka dapat:

👉 Tiada masalah sembelit


👉 Kaki jarang 'cramp' semasa mengandung

👉 Tidur yang lena

👉 Tiada sakit pinggang dan gigi

👉 Sakit migrain hilang



Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?

📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Kalsium: Kepentingan dan Bahaya Kekurangannya Terhadap Tubuh Badan Kita


Sebelum Yasmin berkongsi berkenaan kepentingan KALSIUM, tahu tak kita berapakah dos sebenar kalsium yang diperlukan tubuh kita? Cukup ke sekadar segelas susu setiap hari?


Kalsium adalah elemen penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Kalsium diperlukan untuk beberapa proses fisiologi tubuh dan penting untuk pembentukan tulang dan gigi terutama di kalangan kanak-kanak. Penyerapan kalsium dalam tubuh manusia dibantu oleh vitamin D3. Pengambilan kalsium tanpa vitamin D3 akan menjejaskan proses penyerapan kalsium. 

Kepentingan Kalsium:

1. Tisu tulang dan neuromuskular
Asas kepada tulang dan gigi serta sebahagian daripada kuku dan rambut

2. Fungsi Kontraksi Otot Manusia
Termasuk otot jantung

3.  Mengekalkan Tekanan Darah & Kolestrol yang Normal
Mengawal fungsi pelbagai kalenjar yang menghasilkan hormon tertentu dan pembekuan darah serta mengawal aktiviti enzim dan sintesis DNA.

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium:

1. Insomnia
Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya.

2. Ketidakseimbangan emosi 
Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. 

3. Sistem imun yang lemah
Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. 

4. Kelesuan
Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. 

5. Kerosakan gigi dan tulang
Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.

6. Kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif 

Kesan:

1. Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
3. Usus lemah dan sering mengalami sembelit
4. Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
5. Sakit sendi
6. Tidak bermaya dan sering keletihan.  

SOLUSI

OsteMatrix dari SHAKLEE membantu melengkapkan vitamin KALSIUM dalam tubuh badan supaya dapat mengelakkan kesan daripada kekurangan kalsium.


Ramuan di dalam OsteMatrix terdapat beberapa mineral lain untuk membantu kadar penyerapan kalsium yang lebih optimum seperti Vitamin D3


4Biji OsteMatrix = 4 Gelas Susu = 320Biji Kacang Almond

              (1000mg Kalsium)


1 Botol = 120 Biji = RM 61.25

Beli 3 botol, DISKAUN 5% serta FREE MEMBERSHIP


Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?

📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday 11 June 2020

Testimoni Omega Guard


Seperti sedia maklum berkenaan kepentingan Omega-3 serta manfaatnya di dalam botol Shaklee Omega Guard (rujuk entry sebelum ini)

https://yasminsyafikah.blogspot.com/2020/06/omega-3-kepentingan-minyak-ikan-omega-3.html

Ramai pengguna Omega Guard Shaklee memberi testimoni positif:

1. Amalkan untuk kesihatan jantung dan kolestrol


2. Anak jarang demam

3. Bacaan kolestrol kembali normal dan guna untuk tingkatkan tahap kesihatan

4. Anak: Petah berkata-kata dan demam tak melarat. Ibu: Kawal kolestrol dan tekanan darah tinggi semasa hamil

5. Mak: Bacaan kolestrol dan darah tinggi terkawal

6. Meningkatkan metabolism: Turunkan berat badan


Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?

📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Omega-3: Kepentingan Minyak Ikan Terhadap Kesihatan Kita

Asid lemak Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat untuk badan dan otak kita. Banyak kajian dan pakar kesihatan mengesyorkan minimum pengambilan:

Anjuran FAO, WHO (2010):

DHA untuk anak-anak usia 6—24 bulan: 10-12 mg/kg

* Ibu hamil dan menyusui: 200 mg/hari

Anjuran terbaru untuk total jumlah DHA harian ANSES—French Food Safety Agency (2010):

* Anak-anak usia 0-6 bulan: 0,32% dari total asid lemak

* Anak-anak usia 6-12 bulan: 70 mg/hari

* Anak-anak usia 1 sampai 3 tahun: 70 mg/hari

* Anak-anak usia 3-9 tahun: 125 mg/hari

* Ibu hamil dan menyusui: 250 mg/hari

Hari ini, Yasmin nak kongsikan senarai 10 Sumber Makanan Tinggi Omega-3 untuk setiap hidangan (100 gram).

1. Ikan Mackerel (4,107 mg setiap hidangan)
2. Ikan Salmon (4,023 mg setiap hidangan)
3. Ikan Herring (3,181 mg setiap hidangan)
4. Ikan Sardin (2,205 mg setiap hidangan)
5. Kaviar (1,086 mg setiap hidangan)
6. Tiram (565 mg untuk 6 ekor)
7. Flax Seed (2,338 mg setiap hidangan)
8. Chia Seed (4,915 mg setiap hidangan)
9.  Kacang Walnut (2,542 mg setiap hidangan)
10. Kacang Soya (1,241 mg setiap hidangan)

DHA atau asid dokosaheksaenoik ialah sejenis asid lemak omega-3. Sama seperti asid alfa-linoleik (ALA) dan asid ekosapentaenoik (EPA).1,2 ALA merupakan rantai asid lemak yang berasal daripada kumpulan omega-3 yang bertukar menjadi EPA dan kemudiannya menjadi DHA 1,3,4.

Mengapa DHA penting?

Tahukah anda, DHA penting dalam perkembangan otak terutama untuk kanak-kanak.  Kajian yang dibuat di United Kingdom telah membuktikan pengambilan Omega-3 DHA memberi impak positif kepada kanak-kanak. Penyelidikan itu bermula dengan mengambil sampel kanak-kanak yang berusia 7 hingga 10 tahun yang mempunyai prestasi kurang menyerlah dalam pembelajaran. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mengambil Omega-3 DHA atau sejenis placebo sebagai suplemen selama 16 minggu manakala satu lagi kumpulan lagi tidak diberikan apa-apa. Selepas tempoh yang diberikan, kesemua mereka perlu menjalani ujian praktikal iaitu kemahiran membaca, tindak balas memori dan perlakuan. Hasil penyelidikan mendapati, dari segi keupayaan membaca dan peningkatan dalam semua aspek bagi kumpulan kanak-kanak yang mengambil Omega-3

Selain itu, minyak ikan bagus untuk kesihatan badan.

1. Meningkatkan metabolism badan

Pengambilan minyak ikan dapat membantu kita untuk meningkatkan metabolisma badan,  ianya membantu kita membakar kalori dengan lebih cepat. Lagi tinggi kadar metabolik badan kita, lagi banyak kalori yang akan kita bakar dan lagi mudah untuk kita mengurangkan berat badan.

2. Jantung dan darah

Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol. Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung. 

3. Mata

Terdapat juga individu yang menggunakan minyak ikan untuk masalah berkaitan mata seperti mata kering, katarak, glaukoma dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD), keadaan yang biasa untuk berlaku kepada individu dewasa berusia yang boleh membawa kepada masalah penglihatan yang serius. Ia juga digunakan untuk mengelakkan komplikasi mata yang berkaitan dengan diabetes.

4. Abdomen

Minyak ikan juga biasanya diambil secara oral untuk merawat masalah ulser perut yang disebabkan Helicobacter pylori (H. pylori), penyakit radang usus, pankreatitis, gangguan penyakit yang disebut phenylketonuria -mudah dikenali sebagai PKU, keadaan penyakit diwarisi yang jarang berlaku, disebabkan oleh asid amino yang dipanggil phenylalanine yang membina dalam badan-, penyakit Crohn, sindrom Behcet dan Sindrom Raynoud.

5. Masalah wanita

Pengambilan minyak ikan bagi sesetengah individu wanita adalah untuk mencegah kesakitan ketika tempoh haid, kesakitan payudara, komplikasi berkaitan dengan kehamilan, seperti keguguran yang termasuk disebabkan keadaan yang disebut sebagai sindrom antiphospholipid, tekanan darah tinggi, lewat kehamilan, kelahiran pramatang, tumbesaran bayi yang perlahan, dan untuk menggalakkan perkembangan bayi.



1 Biji Omega Guard dari SHAKLEE sudah mencukupi untuk memenuhi kandungan Omega-3 (DHA dan EPA) dalam badan kita. 

1 Botol Omega Guard = 90 Biji = 3 Bulan penggunaan

Price RM136.25

Diskaun sehingga 20% jika berdaftar menjadi AHLI


Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday 10 June 2020

Baby Food 'Iman Zinnirah'

Assalamualaikum & Hi
Yasmin nak kongsi perjalanan makanan anak solehah, Iman Zinnirah dari umur 6 bulan hingga sekarang (1 Tahun 3 Bulan). Peringatan jangan bagi makanan pada bayi berumur bawah 6 bulan melainkan dapat nasihat dari Pakar Perubatan.



Macam ibu-ibu diluar sana pastinya tak sabar nak bagi anak kita makan, terutama anak pertama (Yasmin lah tu😂). SABAR ya jika anak kita belum cukup 6bulan. Enjoy dulu sebelum pening setiap hari nak masak apa, belum lagi tetiba anak tak selera makan. Yasmin mulakan pemakanan Iman pada usia 6 bulan. Setelah membaca Yasmin nak buat '4 days rule', macam yang disarankan dalam group FB 'Happy Baby Foods Malaysia' (https://www.facebook.com/groups/happybabyfoodsmalaysia). Macam-macam resepi ada tapi yang penting NO SALT, NO SUGAR untuk anak bawah umur 2 Tahun.

Yasmin mulakan 'food journey' Iman dengan bubur kosong. Excited sangat dapat suap anak makan walaupun dia makan 2 ke 3 suap je. Kenapa tak mulakan dengan puree buah? 
Ini ikot pandangan masing-masing, Pada Yasmin kalau mulakan dengan buah-buahan yang ada rasa manis nanti bila kita kenalkan dia dengan bubur, takot dia tolak.


 
Lebih kurang macam ni lah yang Yasmin buat, bagi bubur kosong kemudian tukar dengan labu atau keledek. Iman nak masuk 7 bulan Yasmin mula kenalkan dengan buah-buahan sebagai 'snack time', sehari sekali. Disebabkan Yasmin masih belajar dan PJJ dengan suami, jadi makanan Iman ke taska Yasmin memang siapkan 1 minggu terus. Macam mana? Boleh rujuk gambar dekat bawah,


Lepas tu checkup Iman Zinnirah 7 bulan di Klinik Kesihatan. Berat badan Iman tak memuaskan, nurse nasihatkan untuk berhenti '4 days rule' dan mula untuk pelbagaikan bubur Iman. Yasmin pun mula buat sup ayam untuk naikkan berat badan Iman. Macam-macam menu Yasmin cuba sampai umur Iman 1 Tahun. 


Iman ada dapat multivitamin dari Doktor di klinik Pakar Kanak-Kanak sebab masa checkup berat badan Iman masih tak memuaskan. Doktor risau otak Iman tak dapat berkembang dengan baik jika tubuh badan Iman kecil. Walaupun multivitamin bentuk cecair tu sedap tapi untuk suap pada Iman bukan perkara yang mudah. Lepas tu Yasmin cuba beli multivitamin dalam bentuk tablet, sama Iman masih tolak (dia jilat2 je lepas tu buang, tapi Yasmin tak putus asa. Sampai 3botol multivitamin beli).



Kemudian ada post berkenaan Meal Shakes dari Shaklee lalu lalang di Facebook. Terus rasa nak cuba untuk Iman sebagai sumber multivitamin dan ikhtiar supaya makin berselera makan. Alhamdulillah setakat ini, Iman sesuai dengan Meal Shakes, sarapan dan sebelum tidur memang Yasmin akan bagi dia minum. 

Kalau sarapan, lepas minum Meal Shakes mesti Yasmin akan bagi jugak bubur atau roti untuk Iman, Alhamdulillah habis dia makan. Yasmin bersyukur Iman terima Meal Shakes sebab Iman tolak susu formula & botol susu. Oh ya, bonus untuk Yasmin, lepas Iman ambil Meal Shakes masalah sembelit dia dah tak ada. Nak tahu serius ke tak masalah sembelit dia? Sejak umur 6 bulan bila dah kenalkan Iman dengan solid food maka bermulalah episod sembelit Iman. Yasmin sampai kena marah dengan nurse Klinik Kesihatan sebab dalam seminggu mesti minimum sekali Yasmin akan guna 'prime enema', maximum 2kali. Ya lah tiap kali Iman nak buang air besar mesti dia akan menangis tapi najis tak keluar pun. Nak tak nak Yasmin akan guna jugak 'prime enema'. Jangan ikot macam ni tau, kena cari alternatif lain sebab ubat ini bukan untuk digunakan selalu.




Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Senarai Harga Produk Shaklee 2020









Daftar Ahli Shaklee dengan pembelian produk shaklee ATAU DAFTAR AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA beserta bonus 10% Diskaun dengan pembelian salah satu Welcome Set Shaklee.

 Daftar Ahli Shaklee sekarang untuk dapatkan penjimatan sehingga 20%!




Berminat untuk mengetahui produk YOUTH dari SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Monday 8 June 2020

Testimoni YOUTH Skincare

Assalamualaikum & Hi,
Ini testimoni pengguna produk skincare YOUTH dari SHAKLEE. Testimoni dari Yasmin sendiri nanti Yasmin letak dekat BONUS🤩 Kita jual kita guna tau, baru lah valid testimoni.



✔️Jerawat

"Jerawat yang menimbun dulu, dah hilang. Kulit kemerah-merahan dulu pun dah lesap. Parut-parut kesan jerawat yang banyak tu pun dah beransur hilang"
Puan Zawani dah rasa perubahan muka bila bertukar kepada YOUTH Skincare dalam masa 8bulan. 

✔️Jeragat

Kulit muka Cik Puan Wana Sulaiman semakin pulih dari jeragat seawal 39hari penggunaan YOUTH Skincare


✔️ Pori muka

Youth Skincare juga boleh merawat pori muka. Bila pori muka kita bersih secara mendalam, pori di kulit muka kita semakin tidak kelihatan.

✔️ Tona kulit sekata, kulit lembut dan cerah

"Kulit muda 5 tahun dari usia sebenar, pori semakin kecil, tona kulit sekata, kulit lebih lembut dan cerah"
Cik Puan Qiqistina Md Yusop sudah merasai perubahan muka secara mendadak dengan menggunakan YOUTH Skincare. Membersih muka secara mendalam, menghidrat, melembapkan kulit muka serta melindungi kulit muka dari UVA dan UVB mampu memberi perubahan yang ketara pada kulit muka.

✔️Muka kelihatan 'Glowing'

Kulit muka yang bersih dan sihat akan meningkatkan 'Confident Level' seseorang. Cik Puan Hafizah Rashid memberitahu,
" Kulit lebih bersih & glowing, parut jerawat pudar, feel more konfident"

BONUS

BONUS kali ini adalah merupakan pengalaman Yasmin sendiri dengan YOUTH. Yasmin baru ada kesempatan untuk menggunakan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50. 
KENAPA?
Moisturizer Yasmin memang dah habis, bukan tinggal nyawa-nyawa ikan😅 Lepas itu, Yasmin memang tak ada proper sunblock. Sebelum ni, Yasmin 'PROTECT' kulit muka dengan CC CREAM SPF30 sebab susah nak cari sunblock yang sesuai dengan kulit muka Yasmin (Dry & Sensitive). 
Lepas dapat tahu Moisturizer YOUTH dari Shaklee ada SPF 50 dan PA+++ terus rasa nak cuba tanpa ragu. Baca pulak testimoni macam dekat atas terus beli.
Hari pertama bukak botol moisturizer YOUTH rasa WOW 'exclusive' packaging dia. Penutup botol confirm tak akan hilang, sebab dia pusing je untuk bukak. Lepas tu Yasmin cuba apply dekat kulit muka.TERUS jatuh cinta dengan produk YOUTH, instant GLOWING ya bukan melekit atau berminyak. Kena cuba sendiri lah baru tahu WOW dia.
Lepas seminggu Yasmin guna selain nampak 'GLOWING', kulit muka lebih lembut dan paling ketara tona lebih sekata. Perlindungan muka dari UVA dan UVB sangat penting sebab banyak perubahan muka kita boleh lihat. 
Yasmin bakal tukar skincare kepada YOUTH, habiskan saki baki yang ada lepas tu bakal upgrade guna Cleanser, Toner dan Night Cream dari YOUTH. Kalau dah lepas yang BASIC SKINCARE boleh lah Yasmin upgrade net level: ADVANCE SKINCARE. Eh, ada Advance skincare? Mestilah ada, baru dapat kulit muka 'GLASS SKIN' macam retis korea. Nanti Yasmin cerita pasal Advance Skincare pulak.



Berminat untuk mengetahui produk YOUTH dari SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia



Continue Reading