Wednesday 10 June 2020

Baby Food 'Iman Zinnirah'

Assalamualaikum & Hi
Yasmin nak kongsi perjalanan makanan anak solehah, Iman Zinnirah dari umur 6 bulan hingga sekarang (1 Tahun 3 Bulan). Peringatan jangan bagi makanan pada bayi berumur bawah 6 bulan melainkan dapat nasihat dari Pakar Perubatan.



Macam ibu-ibu diluar sana pastinya tak sabar nak bagi anak kita makan, terutama anak pertama (Yasmin lah tu😂). SABAR ya jika anak kita belum cukup 6bulan. Enjoy dulu sebelum pening setiap hari nak masak apa, belum lagi tetiba anak tak selera makan. Yasmin mulakan pemakanan Iman pada usia 6 bulan. Setelah membaca Yasmin nak buat '4 days rule', macam yang disarankan dalam group FB 'Happy Baby Foods Malaysia' (https://www.facebook.com/groups/happybabyfoodsmalaysia). Macam-macam resepi ada tapi yang penting NO SALT, NO SUGAR untuk anak bawah umur 2 Tahun.

Yasmin mulakan 'food journey' Iman dengan bubur kosong. Excited sangat dapat suap anak makan walaupun dia makan 2 ke 3 suap je. Kenapa tak mulakan dengan puree buah? 
Ini ikot pandangan masing-masing, Pada Yasmin kalau mulakan dengan buah-buahan yang ada rasa manis nanti bila kita kenalkan dia dengan bubur, takot dia tolak.


 
Lebih kurang macam ni lah yang Yasmin buat, bagi bubur kosong kemudian tukar dengan labu atau keledek. Iman nak masuk 7 bulan Yasmin mula kenalkan dengan buah-buahan sebagai 'snack time', sehari sekali. Disebabkan Yasmin masih belajar dan PJJ dengan suami, jadi makanan Iman ke taska Yasmin memang siapkan 1 minggu terus. Macam mana? Boleh rujuk gambar dekat bawah,


Lepas tu checkup Iman Zinnirah 7 bulan di Klinik Kesihatan. Berat badan Iman tak memuaskan, nurse nasihatkan untuk berhenti '4 days rule' dan mula untuk pelbagaikan bubur Iman. Yasmin pun mula buat sup ayam untuk naikkan berat badan Iman. Macam-macam menu Yasmin cuba sampai umur Iman 1 Tahun. 


Iman ada dapat multivitamin dari Doktor di klinik Pakar Kanak-Kanak sebab masa checkup berat badan Iman masih tak memuaskan. Doktor risau otak Iman tak dapat berkembang dengan baik jika tubuh badan Iman kecil. Walaupun multivitamin bentuk cecair tu sedap tapi untuk suap pada Iman bukan perkara yang mudah. Lepas tu Yasmin cuba beli multivitamin dalam bentuk tablet, sama Iman masih tolak (dia jilat2 je lepas tu buang, tapi Yasmin tak putus asa. Sampai 3botol multivitamin beli).



Kemudian ada post berkenaan Meal Shakes dari Shaklee lalu lalang di Facebook. Terus rasa nak cuba untuk Iman sebagai sumber multivitamin dan ikhtiar supaya makin berselera makan. Alhamdulillah setakat ini, Iman sesuai dengan Meal Shakes, sarapan dan sebelum tidur memang Yasmin akan bagi dia minum. 

Kalau sarapan, lepas minum Meal Shakes mesti Yasmin akan bagi jugak bubur atau roti untuk Iman, Alhamdulillah habis dia makan. Yasmin bersyukur Iman terima Meal Shakes sebab Iman tolak susu formula & botol susu. Oh ya, bonus untuk Yasmin, lepas Iman ambil Meal Shakes masalah sembelit dia dah tak ada. Nak tahu serius ke tak masalah sembelit dia? Sejak umur 6 bulan bila dah kenalkan Iman dengan solid food maka bermulalah episod sembelit Iman. Yasmin sampai kena marah dengan nurse Klinik Kesihatan sebab dalam seminggu mesti minimum sekali Yasmin akan guna 'prime enema', maximum 2kali. Ya lah tiap kali Iman nak buang air besar mesti dia akan menangis tapi najis tak keluar pun. Nak tak nak Yasmin akan guna jugak 'prime enema'. Jangan ikot macam ni tau, kena cari alternatif lain sebab ubat ini bukan untuk digunakan selalu.




Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?
📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia

15 comments:

  1. Memang nak bagi makan kat baby kena rujuk betul2 kan - takut jadi kes seperti baby minum air sirap tu.

    ReplyDelete
  2. Yaya memang particular dalam pemilihan baby food yang terbaik untuk anak Yaya. Mujur dia suka makan walaupun kadang-kadang ikut mood juga.

    ReplyDelete
  3. memang kena bagi perhatian maksimum ye untuk tumbesaran kanak-kanak. Alhamdulillah dah jumpa Shaklee yang sesuai dengaan Iman

    ReplyDelete
  4. Sekarang betul details ibu-ibu nak bagi makan anak, kalau zaman Sis dulu, main bedal je bagi apa hahahah serius...nasib laa kesihatan mereka baik-baik aja, cuma sekarang je tak boleh sembarang makan, jadi mudarat kan...

    ReplyDelete
  5. Itu la.. Kadang-kadang ibunya tak bagi tapi orang lain pulak yang suap kan macam-macam kat mulut si kecik tu

    ReplyDelete
  6. ya Allah...teringat pulak anak buah kita kat shah alam nun...tu sampai umur dua tahun lebih dah ni, masih jugak nangis bila nak berak dalam pampers dia...sakit bebenor rupanya...tak tau nak gelak ke nak kesian kat dia sebab sembelit tu ha...tapi mak dia biar aje dia usaha berak, memang tak bagi apa2 untuk tujuan berak tu..

    ReplyDelete
  7. Sedap meal shakes shaklee ni. Selalu gak makan. Hehe baguslah kalau dia sesuai dengan meal shake ni sebab tak semua budak boleh minum susu. Haa gitulah. Janji semua sihat saja. Kita cuma ikhtiar je kan.

    ReplyDelete
  8. Rasanya dulu dulu tak ada lak doktor nasihat jgn bagi makanan garam pada bayi... sekarang baru dengar...betul kr?

    ReplyDelete
  9. Nak bagi anak makan, lebih baik masak sendiri dari beli proses food untuk baby kan. Terjamin kebersihannya. Tapi sekarang dah banyak jual homemade food untuk baby.

    ReplyDelete
  10. Memag teruja bila anak dpt makan kan. Mula la nak bagi puree macam2. Tapi kesian part sush nak berak tu.. Memng nad akan bagi minyak kat perut dan buat senaman basikat

    ReplyDelete
  11. pemakanan anak dari baby memang penting, tapi bila dorang dah besar pandai pulak dorang pilih makanan haha tapi bila dorang kena sembelit tu, kesiannya.

    ReplyDelete
  12. Kadang tu alternatif lain memang kena cari untuk atasi masalah yang dialami. Produk Shaklee memang berkesan kalau serasi sebab pernah try consume

    ReplyDelete
  13. Setuju. Kita ni bila dah jadi ibu-ibu ni memang kena beri perhatian maksimum pada anak-anak. Lagi-lagi untuk baby. Zaman sekarang macam-macam penyakit ada.

    ReplyDelete
  14. Aha sejak ada baby ni memang ambil berat apa dia makan. Kena cukup semua nutrisi

    ReplyDelete
  15. Kita mmg kena ambil berat tentang pemakanan baby dari kecik hga dia berumur setahun, kena apa yg dorang blh mkn utk kedihatan mereka

    ReplyDelete