Monday 15 June 2020

Kalsium: Kepentingan dan Bahaya Kekurangannya Terhadap Tubuh Badan Kita


Sebelum Yasmin berkongsi berkenaan kepentingan KALSIUM, tahu tak kita berapakah dos sebenar kalsium yang diperlukan tubuh kita? Cukup ke sekadar segelas susu setiap hari?


Kalsium adalah elemen penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Kalsium diperlukan untuk beberapa proses fisiologi tubuh dan penting untuk pembentukan tulang dan gigi terutama di kalangan kanak-kanak. Penyerapan kalsium dalam tubuh manusia dibantu oleh vitamin D3. Pengambilan kalsium tanpa vitamin D3 akan menjejaskan proses penyerapan kalsium. 

Kepentingan Kalsium:

1. Tisu tulang dan neuromuskular
Asas kepada tulang dan gigi serta sebahagian daripada kuku dan rambut

2. Fungsi Kontraksi Otot Manusia
Termasuk otot jantung

3.  Mengekalkan Tekanan Darah & Kolestrol yang Normal
Mengawal fungsi pelbagai kalenjar yang menghasilkan hormon tertentu dan pembekuan darah serta mengawal aktiviti enzim dan sintesis DNA.

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium:

1. Insomnia
Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya.

2. Ketidakseimbangan emosi 
Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, Stress dan sebagainya. 

3. Sistem imun yang lemah
Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. 

4. Kelesuan
Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. 

5. Kerosakan gigi dan tulang
Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.

6. Kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif 

Kesan:

1. Mudah kejang otot atau semut-semut (terutamanya ibu-ibu mengandung)
2. Insomnia atau masalah sukar untuk tidur
3. Usus lemah dan sering mengalami sembelit
4. Mengalami sakit pinggang dan juga kaki
5. Sakit sendi
6. Tidak bermaya dan sering keletihan.  

SOLUSI

OsteMatrix dari SHAKLEE membantu melengkapkan vitamin KALSIUM dalam tubuh badan supaya dapat mengelakkan kesan daripada kekurangan kalsium.


Ramuan di dalam OsteMatrix terdapat beberapa mineral lain untuk membantu kadar penyerapan kalsium yang lebih optimum seperti Vitamin D3


4Biji OsteMatrix = 4 Gelas Susu = 320Biji Kacang Almond

              (1000mg Kalsium)


1 Botol = 120 Biji = RM 61.25

Beli 3 botol, DISKAUN 5% serta FREE MEMBERSHIP


Berminat untuk mengetahui produk SHAKLEE?

📱013-7773640 (PN. YASMIN)
yasminsyafikahrazali@gmail.com
Pengedar Shaklee Manjung, Perak & sekitarnya
Pos ke seluruh Malaysia

6 comments:

  1. Ooo bagus senang dah ada pil gitu yaa.. ingat tadi susu jenama baru, tupenya shaklee ... kawan ramai makan shaklee, boleh laa sis tanya bebanyak nanyi gan mereka ...

    ReplyDelete
  2. Setakat ni saya minum susu anlene n mungkin sesuai untuk saya. Jarang berlaku kes sakit sendi ke apa.

    ReplyDelete
  3. Asyik sakit belakang.. Tengah guna juga ostematrix ni.. Harap2 berkesan lah insyaAllah

    ReplyDelete
  4. kalsium memang bagus lagi-lagi bila dah berumur ni. gigi selalu sakit, selalu sakit belakang badan.

    ReplyDelete
  5. bestnya kan pil kalsium ni. saya pun hari2 mesti makan.

    ReplyDelete
  6. Satu perkongsian yang baik bagi mereka yg sedang mencari minuman kalsium mcm ni.

    ReplyDelete